Saturday, September 12, 2020

Pakej-pakej Menarik di Homestay Ust Azhari D' Morib

 Pakej-pakej Menarik di Homestay Ust Azhari D'Morib

Pastinya aktiviti percutian anda sekeluarga di Morib lebih seronak dengan pelbagai pakej menarik di homestay kami.

Dah puas mandi kolam, tak perlu nak susah-susah masak. Tempah sahaja makanan daripada kami. Nak nasi ambeng dan bermacam makanan lain pun ada.

Nak rasa pengalaman orang kampung boleh cuba pakej memberi makanan kambing dan lembu. Pasti anak-anak suka, tambah-tambah lagi ada anak-anak kambing yang comel-comel ni. Tak yah nak gi Farm in the city ke or mini zoo kat bawah menara KL tu.. boleh jimat.

Kalau waktu malam nak happening boleh makan shellout dan pelbagai makanan panas di Dataran Morib. Waktu malam kat Dataran Morib ni happening, selain pelbagai makanan, kadang-kadang malam minggu ada persembahan busker daripada anak-anak muda tempatan Morib.. mmg syok makan sambil mendengar persembahan mereka. Anak-anak pula boleh main kereta/motor mini, roller blate dan pelbagai permainan berwarna-warni.

Jadi pendek kata memang berbaloi kalau menginap di Homestay kami. Semua ada.Untuk tempahan  boleh terus hubungi nombor di poster di bawah ni.

Boleh tempah awal untuk keselesaan bersama dan memudahkan kami menyusun kehadiran anda.

Apa tunggu lagi...hubungi kami segera.


#aktivitimenarikdiMorib





No comments:

Post a Comment

Homestay Terbaik Untuk Family Day

HOMESTAY TERBAIK UNTUK FAMILY DAY Bila nak cuti sekolah je dah mulalah anda dan keluarga anda sibuk mencari  destinasi percutian   yang meny...